Tuesday, September 01, 2009

Mencabarnya Tarawikh...

3 Ramadhan 1430H

Setelah sekian lama, Ramadhan datang lagi..and this time, I’m fasting as someone whose already working and not anymore as a student after 6 years.

Ramadhan tahun ni disertai musim hujan yang panjang dan meleret-leret, dari pagi ke petang, sampai malam. Tapi aku tak kata hujan ni cuaca yang buruk, sebab ada jugak orang yang suka hujan..iaitu aku, especially bila school holiday.

FYI, aku jenis yang susah nak tidur siang. Balik sekolah aku biasanya akan lunch, solat, then lepak depan TV melainkan kalau aku betul2 penat macam ada 1 hari tu sampai tak ada masa nak masuk bilik guru.

Malam tarawikh awal-awal macam biasa ja, tapi malam ketiga tu aduuh..aku sendiri pun tak tau apa jadi kat aku. Berbuka macam biasa, maghrib, ke surau. Isya’, tarawikh..2 rakaat, 4, 6, 8. Imam baca doa panjang skit and then rehat jap 5 minit. Ada la 2 3 orang yang tinggalkan saf.. aku pun menguap la, 1x, 2x. Aku pun lentok la kejap kat atas sejadah, in a form of a ‘sujud’.

Sujud malam tu adalah sujud aku paling panjang. Mana taknya, start dari rakaat 9 sampai habis rakaat ke18. Fuhh... Yang peliknya, apsal mak or akak aku tak kejutkan? Sedar je, mak aku cakap..

‘Panjang sujud syukur kamu ye?’



No comments: